Majlis Makan Malam - Malam Tautan Kasih SMTKL 2014

PERHATIAN : BAGI TETAMU YANG SUDAH MENDAPAT TIKET, SILA PASTIKAN DIBAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN !!!

Pengiraan detik berlangsungnya Malam Tautan Kasih yang penuh dengan memori lebih kurang 30 jam dari sekarang . Bagi tetamu yang belum menerima tiket yang telah dibeli, sila rujuk wakil jualan tuan/puan dan pihak pendaftaran di pintu masuk dewan. Pastikan anda menerima tiket dan menyerahkan keratan cabutan bertuah agar anda tidak terlepas peluang menerima hadiah cabutan. Tetamu diminta agar duduk di meja yang ditetapkan agar tidak berlaku masalah pertembungan tempat duduk antara tetamu.

Majlis ini akan dihadiri oleh  YB Senator Tan Sri Abu Zahar bin Ujang (Yang Dipertua Dewan Negara/Alumni SMTKL 61/63) sebagai penaung majlis ini.
  
Sebagai makluman, kehadiran secara "Walk In" adalah tidak dibenarkan kerana hanya tetamu dengan tiket akan disediakan tempat duduk manakala hidangan adalah secara "Table Serve - Dome".


STATUS PEMBELIAN TIKET TERKINI (KEMASKINI 9 MEI 2014 : 12.00AM)

F = Full Table        0 = Belum Ada Tetamu       1-10 = Jumlah Kerusi Yang Sudah Dibeli

PENGENALAN

Ke arah menuju Sekolah Berprestasi Tinggi SBT (Kini Kluster), SM Teknik Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai TIKL akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam yang dinamakan Malam Tautan Kasih SMTKL 2014 bertujuan mengutip dana di samping mengeratkan kembali ukhwah di antara pelbagai lapisan generasi Alumni TIKL dan bekas pendidiknya bersama orang ramai. Dana yang cuba dikumpulkan ini diharapkan mampu menjana kecemerlangan yang lebih tinggi di kalangan generasi seterusnya di SMTKL sehingga mampu berdiri sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi.


OBJEKTIF
  1. Mengutip dana bagi menambah baik kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar seperti dewan seminar, dewan utama, asrama dan wakaf pelajar.
  2. Menguatkan semula ukhwah antara guru, alumni dan orang ramai yang hadir dengan menghimpunkan semua lapisan bermula sejak penubuhan TIKL 88 tahun yang lalu.
  3. Membentuk jaringan profesional bagi tetamu yang ingin meluaskan jaringan perniagaan dan sebagainya. (tetamu akan menerima salinan semua kad perniagaan melalui emel).
  4. Membina persefahaman dan usaha ke arah membantu sekolah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.

BENTUK SUMBANGAN
  1. Melalui pembelian tiket makan malam yang berharga RM100, RM150, RM200, RM250, RM300 & RM500 bagi satu kerusi melalui PIBG, alumni yang dilantik serta guru-guru SMTKL.(66 meja diperuntukkan bagi majlis ini)
  2. Sumbangan dalam bentuk kewangan yang boleh disalurkan terus kepada pihak sekolah, PIBG, alumni yang dilantik serta guru-guru SMTKL.
  3. Hamper dan barangan.
  4. Lain-lain keperluan atau perkhidmatan yang dapat membantu menjayakan majlis serta keperluan sekolah di masa hadapan.


MAKLUMAT MAJLIS

Tempat : Dewan Utama SMTKL
Tarikh : 10 Mei 2014
Masa : 8 Malam
Tema : Smart Casual @ Batik
            * Pakaian sopan dan kemas.
            ** Sila rujuk juga panduan am di belakang tiket MTK.